Wednesday, February 29, 2012

Lamanya Tak up date...

Assalammualaikum w.t.b
kepada semua rakan2 saya...maaflah, saya tengah dalam pantang. Coz baru melahirkan big baby boy..hehhe
itu adalah gelaran nurse kat Hospital Tawau...
Saya selamat melahirkan anak ke dua saya pada 05hb Jan 2012 (Khamis)tepat pukul 10.10 pagi di dewan bersalin Hospital Tawau. Sepatutnya due date saya melahirkan seminggu sebelum tarikh ini..iaitu tahun 2011,akan tetapi anak saya ini ingin keluar pada tahun baru...hehehe..
saya tidak meyangka yang saya akan melahirkan baby di Hospital Tawau coz saya ingin melahirkan di Hospital Kunak sahaja...Oleh kerana faktor keselamatan saya kena hantar pagi itu jugak pergi Hospital Tawau menaiki Ambulance.
tidak penah terfikir selama ini saya naik ambulance....tetapi saya kuatkan semangat,tiada perasaan takut dalam diri yang penting semuanya selamat...alhamdulillah semuanya selamat&dipermudahkan....
akan tetapi selama 5 hari di rumah anak saya pulak kena demam kuning...Pada 10hb Jan anak kena tahan di Wad persalin Hospital Kunak kerana demam kuning yang tinggi...punya cukup risau saya di buatnya..selama 5 hari jugak kami di dalam wad..punyalah tekanan jiwa dibuatnya,apabila tiada teman saya di bahagian pesakit kuning hanya saya dengan anak coz pesakit lain dah keluar wad...menangis teresak2 saya dibuatnya hinggakan mata bengkak...
Pada 22hb Jan kami buat kenduri akikah anak saya,cukup meriah jugak..dengan kehadiran sanak saudara,penduduk kampung& rakan taulan...terima kasih atas kehadiran..
saya mau tunjuk gambar akan tetapi semua kena virus...sungguh menyedihkan nasib baik dah cuci gambar masa akikah tu...sabar jak lah..

No comments:

Post a Comment