Saturday, May 28, 2011

Tak jadi...apa macam ba...

Sebenarnya pada 29hb Mei ini Yayasan Sabah akan mengadakan pelancaran Kg Lormalong sebagai Kampung angkat Yayasan Sabah, tapi bila aku dapat tahu bahawa majlis itu di tundah lagi...entahlah di mana kesilapannya...
JKKK pun ada jugak mengadakan majlis Pesta Keamatan pada 31hb Mei ini, itupun kena tunda jugak...entahlah apa lagi masalah dorang tu...
alangkah baik nya kalau ada majlis tu diadakan..mesti meriah@ramai punduduk berkumpul beramai2...macam yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga hari tu....ok lah ramai&cukup meriah...
aku rasa ada yang tak betul di dalam semua acara ini...mungkin kah penganjurnya mempunyai masalah tersendiri@pun entahlah..malas mau ambil kisah...
kita tunggu & lihatlah bila majlis2 ini akan di adakan...
piiisss....:)

Monday, May 23, 2011

pencari kerja

hari ni 24hb Mei ramai penduduk kampung ke pejabat SLDB Kg Lormalong mau minta kerja...
pengurus SLDB yang baru ini ingin mengambil lebih ramai pekerja...
terutama bahagian kerani, driver, general workers & perkerja ladang.
semoga yang berkelayakan berjaya memperolehi kerja yang dipohon.

Tuesday, May 10, 2011

Penat berjalan2 di KL

Assalammualaikum?
setelah balik bercuti2 Malaysia di Kuala Lumpur & Melaka, terasa badan masih lagi penat & tidak larat nak bergerak kemana2....mau tidur jak....
banyak lagi gambar yang belum di upload...di kamera si Jali...
Pada 03hb May 2011 petang sampai di LCCT, naik kereta & terus ke KL Central.
Pada 04hb May 2011 tengahari ke Melaka & terus ke rumah Ipar Bobong. Seterusnya pergi ke rumah mak angkat saya di Klebang kecik. Makan lagi....hehehe
Pada 05hb May 2011 pagi meronda2 Afamosa & ke Muzium Kastam seterusnya ke rumah mak angkat sekali lagi untuk makan mee kari...bawa makanan untuk bekalan semasa perjalan balik KL.
Pada 06hb May 2011 pagi balik KL terus pergi Hotel & ronda2 Masjid India.
Pada 07hb May 2011 tengahari naik tran & kereta ke LCCT untuk balik ke Sabah.
tiba di Airport pukul 2.30pm & flight ke Sabah pukul 3.30pm. setelah pergi cek in pergi solat dulu & selepas itu boarding...tiba semua orang yang balik ke Tawau sudah naik flight. tinggal group kami, budak cina 2 orang & seorang makcik terlewat tiba di kawasan boarding. huhuhu...risau jugak takut tertinggal flight balik Sabah...
tapi Alhamdulillah semuanya dah berlalu & kami semua selamat sampai ke Kunak seterusnya ke kg dengan selamat...
Cuma tak puas bershooping2...huhuh
Plain mau pegi lagi di tahun2 akan datang...
Indahnya Kuala Lumpur...








Sunday, May 1, 2011

nak pergi bercuti

Assalammualaikum W.T.W?
kepada semua pembaca blog Kampung Lormalong ni....di sini saya nak beritahu bahawa esok hingga hari sabtu saya pergi bercuti di Kuala Lumpur & Melaka...
dah lama saya tak pergi sana...tak sabar nak jumpa teman rapat yang disayangi..
saya pergi ke sana dengan suami, anak & adik ipar...semoga perjalan kami di berkhati Allah....& selamat pergi selamat kembali....