Saturday, July 23, 2011

kenduri sana sini...

Assalammualaikum?
hari ni saya nak kongsi sama rakan2 bahawa kg kita ni dah sibuk mengadakan kenduri untuk menyambut puasa..di sana sini pun kenduri..ada yang di sekalikan dengan hari lahir &macam2 lagi lah..
macam hari ni..mertua aku&ipar2 semua pigi tempat mie di tawau (kuarga sebelah mertua) untuk menghadiri kenduri akikah anaknya...
&hari ni jugak nenek mamak Anun kenduri sempena menyanbur puasa...tapi saya tak dapat menghadiri kedua2 majlis ini kerana saya ada jemputan oleh teman sekerja makan di restoran...
yang di tawau plak sah tak dapat pegi coz jauh...
apapun semoga semuanya berjalan dengan lancar...
Amin...

Wednesday, July 20, 2011

buat lamban

Assalammualaikum Wtw..
kepada semua...maaf berapa hari ni endak update ni blog..
hari ni di rumah mak mertua aku.sedang sibuk buat kuih penjaram&lamban untuk gunting anak Mie di Tawau pada Sabtu ni(23hb 07).
2 hari lepas sudha buat jala mungkin esok kuih2 tu di hantar ke tawau...my mum &anak pun pegi sana tolong2 mereka.
lepas jak nisfu sa'ban tu semua orang sibuk dah mau kenduri untuk sambut puasa...
rumah ku insya Allah Sabtu minggu depan sempena ulang tahun kelahiran aku,suami &anak buah suami...
semoga semuanya berjalan dengan lancar...Amin...

Sunday, July 17, 2011

Majlis Nisfu Sa'ban yang saya hadiri

Malam tadi saya pergi masjid sebelum maghrib coz majlis membaca yasin selepas solat maghrib...ramai sungguh orang2 dewasa dari kg ni datang...
tapi malangnya lepas jak solat maghrib anak ku pulak buat hal...melepas pulak dia,apa lagi aku pun bawalah dia balik rumah mertua aku untuk membersihakan najisnya tu...selepas siap makan di rumah mertua aku,kami pun balik & singgah di masjid coz suami ku masih di sana..
apa lagi time tu memang time yang tetap coz orang2 baru jer lepas makan...punyalah banyak makanan...sampai aku balik rumah bawa 2 tapau nasi & 2 tapau lauk...
ok lah macam dah nak raya pulak rasanya...

Saturday, July 16, 2011

Majlis Nisfu Sa'ban

Malam ini di Masjid kg di adakan majlis di Atas...sepatutnya malam tadi tapi oleh kerana tak boleh serentak dengan acara di pekan so di buat malam ni lah...
Makcik serapat yang masak untuk majlis malam ni..
mesti ramai tu...penuh masjid...ketibaan bulan Ramadhan tak sabar di nanti...

Bergunting&besunat

Kemaren 16hb Julai berlansung majlis di atas di rumah mak coi...
Cucu2nya iaitu anak sita(sunat&gunting) & anak omie (gunting sahaja).sungguh meriah majlis itu yang saya dengar cerita dari my mum.
saya tak dapat hadiri majlis itu kerana saya pergi menghadiri majlis perkahwinan kawan lepas sekolah di Bandar Tawau.
tapi pada malamnya saya pegi majlis hari lahir anak omie...nak ambil gambar tapi suasana di kawasan majlis tak berapa terang.
Anak aku Alieyah tidak mau pulang coz ada karaoke & menari manuk2 lambukun...ini memang lagu kegemaran my little princes suka dia menari..semua orang ketawa melihat gelagat anak ku itu...walau pun dia tidak bawa selipar dari rumah tapi terpaksa guna selipar Ijat Anak Ita..untuk dia menari...orang punya selipar mau guna selipar pun tak dapat...di pujuk oleh nenek nya bawa pulang,neneknya pulak digigitnya...terpaksalah aku angkat jak bawa pulang....hehehee...lucu jak karenah anak ku ni....

Tuesday, July 12, 2011

Nisfu Sa'ban

Assalammualaikum..W.T.W..
kepada semua pembaca blog ini,maaf lama dah tak update blog ni...bukan apa cuma bzy dengan keja&kursus.
tidak lama lagi nak masuk bulan ramadhan...sebelum tu kita sambut dulu nisfu sa'ban..
di Kg ni akan di adakan pada masa terdekat ni jugak...saya pun tak pasti bila...semua penduduk sudah pun dikutip wang sedekah untuk majlis ini...
semoga dengan derma ikhlas semua penduduk dapat memeriahkan majlis ini &hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian semua...Amin...