Mengeratkan Silaturrahim antara kampung PDCB(Program Desa Cemerlang Berinovasi)
Khamis, 20hb Okt adalah tarikh bertuah buat penduduk Kg Lormalong kerana dikunjungi oleh lebih kurang 30 orang penduduk dari Kg Pandasan Kota Belud.
Tepat pukul 9.30 pagi mereka tiba di Dewan Mini Kg Lormalong dan di sambut oleh sebahagian penduduk AJK PDCB Kg Lormalong. Setelah selesai bersuai kenal di Dewan Mini mereka terus ke Pusat Jalurlebar Komuniti Kg Lormalong untuk mendengar serba sedikit penerang tentang sejarah kg ini. Selepas itu mereka dibawa semula ke Dewan Mini untuk menjamu selera dan seterusnya mereka pun beredar ke destinasi terakhir mereka iaitu Bandar Tawau.
time ini abang Alim menerangkan tentang sejarah Kg Lormalong & semua yang hadir mendengar dengan lebih teliti...Alhamdulillah semunya berjalan dengan lancar...


