Friday, October 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...

Assalammualaikum wtw..
masih lagi suasana hari raya aidiladha @pun hari raya kurban...semoga amalan ibadat kita di terima Allah...kepada sesiapa yang berkemampuan tu...buatlah ibadah kurban @pun ibadah haji...
Pada tahun ini kami melakukan ibadah kurban...untuk anak kami yang ke2 iaitu Azam Talhah...semoga Allah memberkati & memberi kesihatan. Semoga menjadi anak yang solah...
Sedikit gambar bagi kerja2 kurban pagi ini...di kampung ni ada 3 ekor dikurbankan...2 ekor tempat bapa Rahim...1 ekor hari ni yang di kongsi ramai2...








Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...semoga amalan begini akan berterusan...

Sunday, June 17, 2012

Majlis Pernikahan Rohana & Suami..


Pada 15hb Jun majlis pernikahan mereka...pada sebelah pagi telah berlangsung ijab&kabul di Masjid Nurhidayah Kg Lormalong..Pada malam hari majlis berinai...
Secara kebetulan jugak pada hari Jumaat tersebut seorang hamba Allah telah kembali ke Rahmatullah...iaitu rakan kepada suami saya...seorang Imam di Kg Pangi, Kunak. So suami pun bergegas ke sana sini melaksanakan tugas..
Pada 16hb Jun majlis bersanding saya sempat datang...di sini ada beberapa keping gambar nak kongsi...



ini sahaja gambar yang sempat diambil sebelum kami pulang rumah coz anak saya yang bongsu tidur..takut karang bangun mengangis...
Apa-apa pun selamat pengantin baru buat kedua mempelai semoga berbahagia melayari alam rumahtangga yang penuh dengan cabaran&liku2 idup....

Tuesday, June 5, 2012

"Road Show" Yayasan Sabah Bersama Rakyat 2012


Pada 29hb Mei yang lalu berlangsung satu karnival anjuran Yayasan Sabah Pantai Timur yang telah diadakan di Padang Kg Lormalong.
Di anggarkan seramai lebih 5K orang datang ke karnival ini akan tetapi orang yang datang lebih dari yang dianggarkan itu...Sehinggakan ramai tetamu yang hadir tidak mendapat tapau untuk makan tengahari kerana kehabisan makanan...
Majlis bermula pada 8.00pg sehingga 2.00ptg..sungguh ramai sangat orang...
Tidak ketinggalan Pusatjalur Lebar Komuniti Kg ini ada jugak menunjukkan pameran ketika itu..kerja hasil tangan penduduk jugak di tunjukkan jugak...kepada Perasmi majlis iaitu Dato' Musa Aman Ketua Menteri Sabah..


ini lah hasil kerjatangan penduduk kg ini..itaitu tikar hasil kerja orang Murut & batik hasil kerja remaja& belia kg ini jugak..





ramai sangat VVIP pun ramai yang datang...

Wednesday, April 18, 2012

Akikah anak AT

Assalmmaalaikum wtw?
kepada semua pembaca,maaf saya jarang sekali update blog ini...bukan nyer malas cuma tiada apa2 bahan nak dikongsi di sini...
mengenai tajuk di atas, pada 14hb Apr 2012 anak adik saya yang bernama Arizman Lut telah selesai berakikah..
alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...tapi sayang nya time tu saya tiada di rumah coz time tu saya tengah kerja...jadi saya cuma ada time makan tengahari jer..
cukup meriah jugak majlis tu...saya adakan pertandingan nyanyian&tarian untuk kanak2 &orang dewasa...alhamdulillah sambutan cukup mengalakkan....
majlis tu selesai dalam pukul 3.30pm...

Thursday, March 1, 2012

Majlis Akikah

Pada Sabtu ini bersamaan 3hb Mac ada lagi majlis akikah...tetapi anak abang ipar saya pulak iaitu abang Ansit...saya & isterinya melahirkan baby pada bulan yang sama iaitu Jan 2012, dengan melahirkan baby boy sama2..
akan tetapi kami telah buat awal majlis akikah itu...so tinggal mereka lagi belum...maka itu lah mereka buat sabtu ini...
kebetulan pada tarikh yang sama jugak ada orang kawen di kampung ini jugak...Anak Merdekai..sekiranya ada kesempatan saya akan upload gambar majlis akikah itu...insya Allah...

Wednesday, February 29, 2012

Lamanya Tak up date...

Assalammualaikum w.t.b
kepada semua rakan2 saya...maaflah, saya tengah dalam pantang. Coz baru melahirkan big baby boy..hehhe
itu adalah gelaran nurse kat Hospital Tawau...
Saya selamat melahirkan anak ke dua saya pada 05hb Jan 2012 (Khamis)tepat pukul 10.10 pagi di dewan bersalin Hospital Tawau. Sepatutnya due date saya melahirkan seminggu sebelum tarikh ini..iaitu tahun 2011,akan tetapi anak saya ini ingin keluar pada tahun baru...hehehe..
saya tidak meyangka yang saya akan melahirkan baby di Hospital Tawau coz saya ingin melahirkan di Hospital Kunak sahaja...Oleh kerana faktor keselamatan saya kena hantar pagi itu jugak pergi Hospital Tawau menaiki Ambulance.
tidak penah terfikir selama ini saya naik ambulance....tetapi saya kuatkan semangat,tiada perasaan takut dalam diri yang penting semuanya selamat...alhamdulillah semuanya selamat&dipermudahkan....
akan tetapi selama 5 hari di rumah anak saya pulak kena demam kuning...Pada 10hb Jan anak kena tahan di Wad persalin Hospital Kunak kerana demam kuning yang tinggi...punya cukup risau saya di buatnya..selama 5 hari jugak kami di dalam wad..punyalah tekanan jiwa dibuatnya,apabila tiada teman saya di bahagian pesakit kuning hanya saya dengan anak coz pesakit lain dah keluar wad...menangis teresak2 saya dibuatnya hinggakan mata bengkak...
Pada 22hb Jan kami buat kenduri akikah anak saya,cukup meriah jugak..dengan kehadiran sanak saudara,penduduk kampung& rakan taulan...terima kasih atas kehadiran..
saya mau tunjuk gambar akan tetapi semua kena virus...sungguh menyedihkan nasib baik dah cuci gambar masa akikah tu...sabar jak lah..