Sunday, June 17, 2012

Majlis Pernikahan Rohana & Suami..


Pada 15hb Jun majlis pernikahan mereka...pada sebelah pagi telah berlangsung ijab&kabul di Masjid Nurhidayah Kg Lormalong..Pada malam hari majlis berinai...
Secara kebetulan jugak pada hari Jumaat tersebut seorang hamba Allah telah kembali ke Rahmatullah...iaitu rakan kepada suami saya...seorang Imam di Kg Pangi, Kunak. So suami pun bergegas ke sana sini melaksanakan tugas..
Pada 16hb Jun majlis bersanding saya sempat datang...di sini ada beberapa keping gambar nak kongsi...



ini sahaja gambar yang sempat diambil sebelum kami pulang rumah coz anak saya yang bongsu tidur..takut karang bangun mengangis...
Apa-apa pun selamat pengantin baru buat kedua mempelai semoga berbahagia melayari alam rumahtangga yang penuh dengan cabaran&liku2 idup....

Tuesday, June 5, 2012

"Road Show" Yayasan Sabah Bersama Rakyat 2012


Pada 29hb Mei yang lalu berlangsung satu karnival anjuran Yayasan Sabah Pantai Timur yang telah diadakan di Padang Kg Lormalong.
Di anggarkan seramai lebih 5K orang datang ke karnival ini akan tetapi orang yang datang lebih dari yang dianggarkan itu...Sehinggakan ramai tetamu yang hadir tidak mendapat tapau untuk makan tengahari kerana kehabisan makanan...
Majlis bermula pada 8.00pg sehingga 2.00ptg..sungguh ramai sangat orang...
Tidak ketinggalan Pusatjalur Lebar Komuniti Kg ini ada jugak menunjukkan pameran ketika itu..kerja hasil tangan penduduk jugak di tunjukkan jugak...kepada Perasmi majlis iaitu Dato' Musa Aman Ketua Menteri Sabah..


ini lah hasil kerjatangan penduduk kg ini..itaitu tikar hasil kerja orang Murut & batik hasil kerja remaja& belia kg ini jugak..





ramai sangat VVIP pun ramai yang datang...