Saturday, November 26, 2011

Sambutan Maal Hijrah & Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kunak

Assalammualaikum wtw & selamat pagi..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat jugak saya mengupdate blog ini pada hari ni..
Di sini saya ingin berkongsi cerita bahawa kampung ini terpilih dalam 5 kampung daerah kunak untuk menyertai pertandingan di atas.
Pada hari Khamis yang lalu semua pegawai2 dari pejabat daerah Kunak datang melawat ke kampung ini & seterusnya menilai kampung.
Semua pegawai tersebut berkumpul di Pusat Jalurlebar Kampung ini. Meraka mendengar penerangan yang panjang lebar dari Setiausaha PDBC iaitu En Maswan B Sulad. Rata-rata semuanya berpuasa hati dengan penjelasan tersebut.
Keputusan pertandingan ini akan diumumkan pada hari ini sempena menyambut Awal Muharram 1433H pada hari ini.Yang di sambut di Dewan Sri Kunak pada pagi ini yang bakal dirasmikan oleh YB Nilwan B Kabang.

Sunday, November 6, 2011

Sambutan Hari Raya Aidil Adha & Program Anak Angkat UMS

Assalammualaikum wtw?
Kemaren adalah hari Raya Aidiladha...sambutan di kg ku ini ahak sederhana sahaja...ada 2 orang perseorang yang melakukan ibadah kurban..iaitu Pakcik Lung & Isteri Merdekai...Ada lagi seekor tapi sumbangan dari YB Saleh Kalbi..akan tetapi di sembelih esok hari...coz hari ni sibuk mengurus anak-anak angkat balik UMS..
Pada petang ni sekitar jam2.00 macam tu...semua berkumpul di Dewan Mini Kg untuk majlis pemulangan anak angkat UMS...semuanya sedih2 belaka..yang tidak menganbil anak angkat pun turut sedih bersama...tapi seronok dapat mengeratkan silahturrahim...pelajar-pelajar UMS ini adalah dari Fakulti Anak-anak & Keluarga seramai 80 orang..
macam ni lah keadaan petang tadi di dewan...sungguh sedih&sayu...

Wednesday, October 19, 2011

Lawatan Kg Pandasan Kota Belud Ke Kg Lormalong, Kunak.

Mengeratkan Silaturrahim antara kampung PDCB(Program Desa Cemerlang Berinovasi)

Khamis, 20hb Okt adalah tarikh bertuah buat penduduk Kg Lormalong kerana dikunjungi oleh lebih kurang 30 orang penduduk dari Kg Pandasan Kota Belud.

Tepat pukul 9.30 pagi mereka tiba di Dewan Mini Kg Lormalong dan di sambut oleh sebahagian penduduk AJK PDCB Kg Lormalong. Setelah selesai bersuai kenal di Dewan Mini mereka terus ke Pusat Jalurlebar Komuniti Kg Lormalong untuk mendengar serba sedikit penerang tentang sejarah kg ini. Selepas itu mereka dibawa semula ke Dewan Mini untuk menjamu selera dan seterusnya mereka pun beredar ke destinasi terakhir mereka iaitu Bandar Tawau.


time ini abang Alim menerangkan tentang sejarah Kg Lormalong & semua yang hadir mendengar dengan lebih teliti...Alhamdulillah semunya berjalan dengan lancar...

Saturday, October 1, 2011

Mesyuarat PDCB

Semalam jam lebih kurang 8.45pm Pengerusi PDCB mengadakan mesyuarat untuk memantapkan lagi AJK ini..

ini kerana selama PDCB bertapak di sini selama hampir 2 tahun tiada apa2 yang terhasil...tetapi masih ramai jugak ahli yang tak dapat hadir...

entahlah di mana silapnya...
kita tunggu & lihat lah apa jadi seterusnya selepas ini...

Tuesday, September 27, 2011

Program Menjawab Soalan PMR, SPM & STPM

Assalammualaikum?
nak beritahu di sini pada hari sabtu yang lepas (25/09/2011) berlangsung program di atas bertempat di PJK Kg Lormalong & Dewan Mini Kg Lormalong jugak...
seramai 22 orang pelajar dari kg ini mengikuti program ini...termasuk ibu bapa pun dijemput hadir bagi menyedarkan meka..yang anak2 meka akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini...


seronok jugak lah...ada yang menangis2 lag itu...
majlis ini berakhir pada pukul 1.05 petang...anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Timur..terima kasih pada mereka2 yang terlibat...

Tuesday, September 6, 2011

kemalangan jalanraya melibatkan kematian

kemaren petang lebih kurang pukul 6 petang berlaku 1 kemalangan jalanraya yang melibat seorang budak lelaki lebih kurang berumur 10 tahun.
ini berlaku ketika mangsa bersama bapanya balik dari kedai untuk beli barang di kg kita ni..ketika melintas jalanraya bapanya telah berada di tengah2 jalan (garisan putih) akan tetapi anaknya masih tertinggal di belakangnya tanpa disedarinya tiba2 ada kereta dari arah pekan kunak hendak ke Kota kinabalu memandu dengan pecut & melanggar mangsa...
mangsa terseret hingga ke tebing jalanraya & meniggal di tempat kejadian...sungguh menyayat hati kejadian itu...ibu mangsa sungguh meraung2 kesedihan kerana mangsa adalah anak bongsunya...si bapa yang seorang OKU dengan kekuatan yang ada bangun dari memeluk anaknya terus memecahkan cermin kereta tersebut..
memang sedih kejadian itu...tapi kalau dah sampai ajal walaupun kita di mana sahaja...tetap akan di ambil jugak oleh Nya...Al-fatiha buat keluarga mangsa...

Monday, September 5, 2011

Selamat hari raya...

Assalammualaikum?
saya dah terlalu lama tak update di sini...
di sini saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat semua peminat blog ini..
macamana raya anda tahun ini,meriah,gembira@ada apa yang tak kena?
macam saya pulak,raya tahun ini..tidak lah semeriah tahun lepas...raya tahun ni ada perkara yang tidak diingini oleh semua orang yang telah berumahtangga...tapi akan daya kita..walau sekuat mana pun kita bertahan tapi kalau sebelah pihak ingin ia berakhir redha jak lah....kita sayang macamana pun kalau tiada kejujuran&kesetiaan serta keikhlasan dalam rumahtangga susah lah nak bersama2 lagi...
ok lah disini jak dulu nanti kita sambung lagi..
maaf zahir batin dari saya sekeluarga...

Sunday, August 28, 2011

kermarau melanda

Assalammualaikum?
hari ni mungkin hari terakhir kita berpuasa...semoga dapat menikmati bulan ramdhan ini pada tahun hadapan...insya Allah...
mungkin esok dah nak raya...tapi di kg ni kemarau air...semua paip tidak keluar air...hujan pun dah seminggu tak turun...rumah saya nasib baik dah beli air dalam 3 hari yang lepas..tapi dah berapa hari air tu jugak di guna so mungkin dah tinggal sikit...cuaca asyik jerebuh jer...mendung tapi hujan tak turun2...huhuhu..
semoga YB&Pihak jabatan air kena selesaikan masalah ini...ini cukup membebankan penduduk di sini...
lebih2 lagi nak raya ni,banyak guna air nak minum, masak, membasuh & mandi...orang banyak berkata "biar elektrik tak ada jangan jer air tak ada"...begitu lah betapa pentingnya air dalam kehidupan kita...
apa2 pun saya sebagai editor blog ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN...Dari saya & seisi keluarga...;-)

Tuesday, August 23, 2011

Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Yayasan Sabah

Pada petang ini Pihak Yayasan Sabah akan mengadakan majlis ini di masjid kg..
Sambil berbuka puka puasa pihak YS jugak memberi sedikit sumbangan untuk para ibu2 tunggal & orang2 OKU kg ini.
semua penduduk di jemput hadir..
sebelum ada mesyuarat sedikit yang diadakan di Pusat jalurlebar Komuniti kg ini...kemudian time berbuka semua yang hadir kena pergi masjid...
insya Allah semuanya berjalan dengan lancar...

Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Al-quran

Assalammualaikum?
hari ni adalah tarikh di mana turunnya Al-quran...
ada di adakan majlis khatam Al-quran di masjid daerah kunak petang ni..
semua peserta di bagi tafsir al-quran setiap sorang..bestnya....tapi aku endak dapat ikut coz kerja...
tak apa lah mudah2 kita semua di berkati Allah...&disampinng malam2 lai la tul qadar...
banyakkan amalan di malam2 begini...semoga sentiasa diampun kan semua dosa2 kita..Amin...

Wednesday, August 10, 2011

Majlis berbuka Puasa Pusat Jalurlebar Komuniti....

Alhamdulillah...majlis kemaren berjalan dengan lancar...semua datang kecuali pihak Celcom...ramai jugak budak2.ketua kg&JKKK datang..
makan yang disediakan oleh isteri DO sedap...sangat berbaloi...
tempat yang kami sediakan sungguh cantek & macam makan dalam taman...;-)

Sunday, August 7, 2011

Solat terawih...

Assalammualaikum wtw..?
setiap malam di bulan ramadhan kita umat Islam akan pergi solat terawih,tidak terlepas jugak diri sana. Saya akan pergi bersama suami&anak...walaupun tidak cukup 23 rakaat tapi yang penting ada jugak amalam kita di bulan mulia ini...
Ketika bulan ini kita kena banyak melakukan ibadah sedekah,seperti hantar makan ke masjid2...semoga puasa kita pada tahun ini penuh dengan keberkatan dari Allah swt..

Saturday, July 23, 2011

kenduri sana sini...

Assalammualaikum?
hari ni saya nak kongsi sama rakan2 bahawa kg kita ni dah sibuk mengadakan kenduri untuk menyambut puasa..di sana sini pun kenduri..ada yang di sekalikan dengan hari lahir &macam2 lagi lah..
macam hari ni..mertua aku&ipar2 semua pigi tempat mie di tawau (kuarga sebelah mertua) untuk menghadiri kenduri akikah anaknya...
&hari ni jugak nenek mamak Anun kenduri sempena menyanbur puasa...tapi saya tak dapat menghadiri kedua2 majlis ini kerana saya ada jemputan oleh teman sekerja makan di restoran...
yang di tawau plak sah tak dapat pegi coz jauh...
apapun semoga semuanya berjalan dengan lancar...
Amin...

Wednesday, July 20, 2011

buat lamban

Assalammualaikum Wtw..
kepada semua...maaf berapa hari ni endak update ni blog..
hari ni di rumah mak mertua aku.sedang sibuk buat kuih penjaram&lamban untuk gunting anak Mie di Tawau pada Sabtu ni(23hb 07).
2 hari lepas sudha buat jala mungkin esok kuih2 tu di hantar ke tawau...my mum &anak pun pegi sana tolong2 mereka.
lepas jak nisfu sa'ban tu semua orang sibuk dah mau kenduri untuk sambut puasa...
rumah ku insya Allah Sabtu minggu depan sempena ulang tahun kelahiran aku,suami &anak buah suami...
semoga semuanya berjalan dengan lancar...Amin...

Sunday, July 17, 2011

Majlis Nisfu Sa'ban yang saya hadiri

Malam tadi saya pergi masjid sebelum maghrib coz majlis membaca yasin selepas solat maghrib...ramai sungguh orang2 dewasa dari kg ni datang...
tapi malangnya lepas jak solat maghrib anak ku pulak buat hal...melepas pulak dia,apa lagi aku pun bawalah dia balik rumah mertua aku untuk membersihakan najisnya tu...selepas siap makan di rumah mertua aku,kami pun balik & singgah di masjid coz suami ku masih di sana..
apa lagi time tu memang time yang tetap coz orang2 baru jer lepas makan...punyalah banyak makanan...sampai aku balik rumah bawa 2 tapau nasi & 2 tapau lauk...
ok lah macam dah nak raya pulak rasanya...

Saturday, July 16, 2011

Majlis Nisfu Sa'ban

Malam ini di Masjid kg di adakan majlis di Atas...sepatutnya malam tadi tapi oleh kerana tak boleh serentak dengan acara di pekan so di buat malam ni lah...
Makcik serapat yang masak untuk majlis malam ni..
mesti ramai tu...penuh masjid...ketibaan bulan Ramadhan tak sabar di nanti...

Bergunting&besunat

Kemaren 16hb Julai berlansung majlis di atas di rumah mak coi...
Cucu2nya iaitu anak sita(sunat&gunting) & anak omie (gunting sahaja).sungguh meriah majlis itu yang saya dengar cerita dari my mum.
saya tak dapat hadiri majlis itu kerana saya pergi menghadiri majlis perkahwinan kawan lepas sekolah di Bandar Tawau.
tapi pada malamnya saya pegi majlis hari lahir anak omie...nak ambil gambar tapi suasana di kawasan majlis tak berapa terang.
Anak aku Alieyah tidak mau pulang coz ada karaoke & menari manuk2 lambukun...ini memang lagu kegemaran my little princes suka dia menari..semua orang ketawa melihat gelagat anak ku itu...walau pun dia tidak bawa selipar dari rumah tapi terpaksa guna selipar Ijat Anak Ita..untuk dia menari...orang punya selipar mau guna selipar pun tak dapat...di pujuk oleh nenek nya bawa pulang,neneknya pulak digigitnya...terpaksalah aku angkat jak bawa pulang....hehehee...lucu jak karenah anak ku ni....

Tuesday, July 12, 2011

Nisfu Sa'ban

Assalammualaikum..W.T.W..
kepada semua pembaca blog ini,maaf lama dah tak update blog ni...bukan apa cuma bzy dengan keja&kursus.
tidak lama lagi nak masuk bulan ramadhan...sebelum tu kita sambut dulu nisfu sa'ban..
di Kg ni akan di adakan pada masa terdekat ni jugak...saya pun tak pasti bila...semua penduduk sudah pun dikutip wang sedekah untuk majlis ini...
semoga dengan derma ikhlas semua penduduk dapat memeriahkan majlis ini &hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian semua...Amin...

Tuesday, June 28, 2011

Hujan tak turun

Sudah lebih 1 minggu hujan tidak turun di bumi Lormalong...so di rumah yang tiada paip air kena lah bersusah payah mencari air untuk mandi, membasuh, minum&masak...termasuk lah di rumah saya....sudah 2 hari pagi saya & suami mandi di sungai & petang merempat mandi di rumah mertua...huhuhuh...teruk sangat keadaan macam ni....sejak dari aku lahir lagi memang di kawasan rumah saya tiada paip air bersih...huhuhuhu..semuanya mengharapkan air hujan...yang mengikut musim...
kemana YB yang menjanjikan tahun 2011 banyak kg mendapat bekalan air bersih...kg ni tidak tersenarai kah?
Petang ni lagi nak pegi masjid saya takut terlewat sampai masjid petang ni...mudah2an Allah menurunkan rahmat hujan ke kg ini...supaya semua penduduk kg ini gembira dengan rahmat-Nya...Amin....

Isak&mi'raj

Assalammualaikum?
Malam ni di Masjid kg mengadakan majlis Israk&mi'raj...anjuran AJK masjid bersama dengan Yayasan Sabah Bahagian Tawau.
semua penduduk disarankan untuk membawa makanan masing2 untuk semua yang hadir pada malam ini...insya Allah kalau tak ada halangan saya akan datang & akan ambil gambar ketika majlis ini...
mesti meriah sangat...

Wednesday, June 15, 2011

Aktiviti hari ini....

Assalammualaikum?
Hari ni di kg ini di rumah mak lam ada isi kalas(isi pulut dalam daun kelapa@pisang) coz esok beliau akan adakan acara kenduri arwah& gunting rambut cucunya(anak aldin), manakala rumah mak jelan pulak ada acara potong2 ayam...coz esok acara nikah anaknya Jimah & potong rambut anaknya...
esok pulak mereka akan adakan acara di rumah masing2....
pagi tadi pegi rumah mak jelan,tapi tiada apa2 lagi yang dibuat...malam ni barua ada kerja mau bungkus telur...
mungkin sama jugak di rumah mak lam ada bungkus telur jugak malam ni...tengok lah kalau senang mau jugak aku tolong2 sana...:)

Monday, June 13, 2011

orang kwen..

pada 10hb jun wan @ nama sebenarnya redzuan shah telah mengadakan majlis persandingan di rumah mereka..akad nikah telah diadakan di rumah pengantin perempuan pada 4hb jun di kota marudu...
ramai jugak orang kg yang pegi ke sana..termasuk ipar saya Jali...
meriah jugak majlis yang di adakan di kg pada hari jumaat tu..tapi cuaca tidak mengizinkan coz pada malam persandingan tersebut ujan turun dengan lebatnya...saya,emak&adik2 pegi jugak tapi awal balik coz ujan dah mulai membasahi bumi....
cuma gambar tak sempat nak ambik...orang2 tua pada masa itu sungguh asyik dengan tarian manuk2 lambukun...memang meriah jugak lah...hehehe...

Pesta Keamatan...

Kemaren 12hb Jun 2011,di dewan kg mengadakan pesta keamata....ramai orang yang menjual makanan & menyertainya...cuma saya kena kerja...so tak dapat ikut dengan sepenuhnya...
nampak sungguh meriah dengan kehadiran pengurus ladang yang baru...ikut semua aktiviti yang diadakan seperti menari..
banyak pertandingan yang diadakan seperti unduk ngadau remaja,nenek2&kanak2...
pertandingan menyanyi & acara bola tampar...
sungguh meriah sekali...
tapi pada hari yang sama jugak,anak jelan&jima bergunting rambut...
ada sikit jak gambar yang sempat saya ambil..



bawah ni pulak time anak jelan&jima bergunting rambut...

Saturday, May 28, 2011

Tak jadi...apa macam ba...

Sebenarnya pada 29hb Mei ini Yayasan Sabah akan mengadakan pelancaran Kg Lormalong sebagai Kampung angkat Yayasan Sabah, tapi bila aku dapat tahu bahawa majlis itu di tundah lagi...entahlah di mana kesilapannya...
JKKK pun ada jugak mengadakan majlis Pesta Keamatan pada 31hb Mei ini, itupun kena tunda jugak...entahlah apa lagi masalah dorang tu...
alangkah baik nya kalau ada majlis tu diadakan..mesti meriah@ramai punduduk berkumpul beramai2...macam yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga hari tu....ok lah ramai&cukup meriah...
aku rasa ada yang tak betul di dalam semua acara ini...mungkin kah penganjurnya mempunyai masalah tersendiri@pun entahlah..malas mau ambil kisah...
kita tunggu & lihatlah bila majlis2 ini akan di adakan...
piiisss....:)

Monday, May 23, 2011

pencari kerja

hari ni 24hb Mei ramai penduduk kampung ke pejabat SLDB Kg Lormalong mau minta kerja...
pengurus SLDB yang baru ini ingin mengambil lebih ramai pekerja...
terutama bahagian kerani, driver, general workers & perkerja ladang.
semoga yang berkelayakan berjaya memperolehi kerja yang dipohon.

Tuesday, May 10, 2011

Penat berjalan2 di KL

Assalammualaikum?
setelah balik bercuti2 Malaysia di Kuala Lumpur & Melaka, terasa badan masih lagi penat & tidak larat nak bergerak kemana2....mau tidur jak....
banyak lagi gambar yang belum di upload...di kamera si Jali...
Pada 03hb May 2011 petang sampai di LCCT, naik kereta & terus ke KL Central.
Pada 04hb May 2011 tengahari ke Melaka & terus ke rumah Ipar Bobong. Seterusnya pergi ke rumah mak angkat saya di Klebang kecik. Makan lagi....hehehe
Pada 05hb May 2011 pagi meronda2 Afamosa & ke Muzium Kastam seterusnya ke rumah mak angkat sekali lagi untuk makan mee kari...bawa makanan untuk bekalan semasa perjalan balik KL.
Pada 06hb May 2011 pagi balik KL terus pergi Hotel & ronda2 Masjid India.
Pada 07hb May 2011 tengahari naik tran & kereta ke LCCT untuk balik ke Sabah.
tiba di Airport pukul 2.30pm & flight ke Sabah pukul 3.30pm. setelah pergi cek in pergi solat dulu & selepas itu boarding...tiba semua orang yang balik ke Tawau sudah naik flight. tinggal group kami, budak cina 2 orang & seorang makcik terlewat tiba di kawasan boarding. huhuhu...risau jugak takut tertinggal flight balik Sabah...
tapi Alhamdulillah semuanya dah berlalu & kami semua selamat sampai ke Kunak seterusnya ke kg dengan selamat...
Cuma tak puas bershooping2...huhuh
Plain mau pegi lagi di tahun2 akan datang...
Indahnya Kuala Lumpur...








Sunday, May 1, 2011

nak pergi bercuti

Assalammualaikum W.T.W?
kepada semua pembaca blog Kampung Lormalong ni....di sini saya nak beritahu bahawa esok hingga hari sabtu saya pergi bercuti di Kuala Lumpur & Melaka...
dah lama saya tak pergi sana...tak sabar nak jumpa teman rapat yang disayangi..
saya pergi ke sana dengan suami, anak & adik ipar...semoga perjalan kami di berkhati Allah....& selamat pergi selamat kembali....

Wednesday, April 27, 2011

Karnival Rukun Tetangga

Pada 09hb April 2011 semua penduduk kg telah berkumpul di gelanggang bola tampar & petangnya di Dewan Mini kg Lormalong. Sungguh meriah ketika itu,walaupun panas terik saya & rakan2 yang lain sungguh gemira time tu coz dapat jumpa & menyertai perlawanan bola tampar. Alahmdulillah Kg ni menang dan jagi wakil ke peringkat bahagian tawau pada bulan June 2011 nanti.


tapi yang paling tak bestnya yang berlaku pada diri saya 2 hari selepas karnival itu saya di serang Selsema & batuk...seluruh badan saya lemah & tak bermaya...

Wednesday, April 6, 2011

orang kampung meninggal dunia

Assalammualaikum?
saya cuma nak kongsi bahawa pada pagi 04/04/2011 telah kembali ke rahmatullah seorang hambah Allah yang bernama Midak(bukan nama sebenar).Pada 05/04/2011 beliau disemadikan kerana ingin menunggu ahli keluarga beliau datang untuk melihat jenazah untuk kali terakhir...
sama2 lah kita berdoa semoga roh arwah ditempatkan pada orang2 yang beriman & dijauhkan dari azab neraka. takziah buat keluarga arwah & alfatiha buat arwah..