kemaren petang lebih kurang pukul 6 petang berlaku 1 kemalangan jalanraya yang melibat seorang budak lelaki lebih kurang berumur 10 tahun.
ini berlaku ketika mangsa bersama bapanya balik dari kedai untuk beli barang di kg kita ni..ketika melintas jalanraya bapanya telah berada di tengah2 jalan (garisan putih) akan tetapi anaknya masih tertinggal di belakangnya tanpa disedarinya tiba2 ada kereta dari arah pekan kunak hendak ke Kota kinabalu memandu dengan pecut & melanggar mangsa...
mangsa terseret hingga ke tebing jalanraya & meniggal di tempat kejadian...sungguh menyayat hati kejadian itu...ibu mangsa sungguh meraung2 kesedihan kerana mangsa adalah anak bongsunya...si bapa yang seorang OKU dengan kekuatan yang ada bangun dari memeluk anaknya terus memecahkan cermin kereta tersebut..
memang sedih kejadian itu...tapi kalau dah sampai ajal walaupun kita di mana sahaja...tetap akan di ambil jugak oleh Nya...Al-fatiha buat keluarga mangsa...
No comments:
Post a Comment